Klinik Amal Percuma (KAP) adalah usaha amal oleh 2 badan bukan kerajaan (NGO) – Yayasan Amal Maaedicare (YAM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). KAP menyediakan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan asas yang berkualiti melalui klinik percuma di Malaysia kepada komuniti yang kurang berkemampuan. 16 klinik akan beroperasi di seluruh negara pada masa akan datang.
Objektif KAP
- Menyediakan perkhidmatan perubatan asas secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
- Memudahkan akses rawatan perubatan untuk mereka yang menghadapi masalah kewangan.
- Memudahkan penjagaan kesihatan pencegahan yang cepat dan perlindungan kesihatan untuk golongan kurang berkemampuan.
- Menggalakkan komuniti untuk melibatkan diri secara dinamik dalam gaya hidup sihat dan mengutamakan kesejahteraan diri.
- Mewujudkan kesedaran mengenai kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
- Merawat Penyakit Akut & Penyakit Kronik
- Pembedahan Kecil
- Nebuliser
- Rawatan Kecemasan
- Pemeriksaan Darah
- Pemeriksaan Air Kencing
- Nasihat Pengambilan Pemakanan
- Pemeriksaan ECG
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9 pagi – 1 petang)
(Kecuali cuti umum)
Bantuan Kami:
Menyediakan penjagaan kesihatan asas untuk golongan B40.
Mengurangkan tempoh menunggu yang panjang di pusat penjagaan kesihatan awam.
Mendidik masyarakat umum mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan kesejahteraan am.
Mempromosi dan menggalakkan pengesanan awal penyakit.